Jepun hantar Malaysia pulang - Utusan Malaysia

Jepun hantar Malaysia pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Harapan skuad badminton negara melangkah ke separuh akhir kejohanan Piala Sudirman di Nanning tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada Jepun, hari ini.

Dalam aksi pertama, pasangan beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menampilkan aksi memberangsangkan dengan mengheret permainan ke set penentuan sebelum tewas 21-13, 24-26, 21-23 kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.

Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah nyata tidak mampu menandingi ketangkasan juara dunia 2017, Nozomi Okuhara selepas tewas 16-21, 13-21.

Memuatkan artikel berkaitan…

Harapan Malaysia untuk kembali menghidupkan peluang menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia juga tidak kesampaian selepas dia tewas kepada pemain No.1 dunia yang juga juara dunia, Kento Momota 18-21, 16-21.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini