Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini apabila para pelabur menyimpan keuntungan menjelang pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada hari ini.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.96 mata kepada 1,609.47.

Indeks itu dibuka lebih rendah pada 1,609.22, 2.21 mata daripada paras penutup 1,611.43 semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 138 berbanding 105, dengan 159 kaunter tidak berubah, 1,509 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 182.68 juta saham bernilai RM129.95 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pengambilan untung berlaku sejak semalam lagi.

Oleh itu, ia menjangkakan peningkatan aktiviti pengambilan untung hari ini akan membataskan potensi kenaikan dalam tempoh terdekat ini.

“Sentimen pasaran masih berhati-hati terjejas oleh pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China tetapi kenaikan semalaman dalam kebanyakan indeks ekuiti utama dunia boleh menyediakan sedikit rangsangan bagi masa terdekat ini.

“Dengan ketegangan perdagangan masih menemui jalan buntu, susulan langkah AS melarang peralatan telekomunikasi China di negara itu semalam, pasaran ekuiti global masih lemah dengan keadaan pasaran mungkin kembali memburuk sekiranya isu itu menjadi hangat,” kata firma penyelidikan tersebut. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini