VIENNA 16 Mei – Barisan ahli Parlimen Austria semalam meluluskan undang-undang melarang pemakaian hijab di peringkat sekolah rendah.
Channel News Asia melaporkan, undang-undang baharu itu tidak menyebut mana-mana agama, sebaliknya merujuk kepada ‘pemakaian yang berpengaruh secara ideologi atau agama yang berkaitan dengan penutup kepala’.
Perkara itu juga menunjukkan kerajaan Austria cuba mengelak tuduhan daripada mana-mana pihak yang mendakwa bahawa undang-undang tersebut mendiskriminasi masyarakat Islam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Namun, wakil daripada kedua-dua parti politik iaitu Parti Rakyat (OeVP) dan Parti Kebebasan (FPOe) menyatakan secara jelas bahawa undang-undang berkenaan menyasarkan hijab yang sering dipakai oleh masyarakat Islam. – AGENSI











