NEW YORK 11 Mei – Sebanyak 70 buah negara menggesa Korea Utara untuk menghentikan program senjata nuklearnya dengan menyifatkannya sebagai ‘ancaman kepada keamanan sejagat’.
Antara negara tersebut termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan serta dari Asia, Amerika Latin, Afrika dan Eropah.
Namun, Rusia dan China yang menyokong Pyonyang tidak menandatangani dokumen gesaan berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, sebanyak 15 negara mendesak Korea Utara menandatangani persetujuan untuk melucutkan program senjata nuklearnya selepas Pyongyang melancarkan dua ujian peluru berpandu, baru-baru ini. – AFP











