MADRID 29 April – Zinedine Zidane mengamuk selepas dimalukan pasukan yang kembali dibimbingnya, Real Madrid apabila tewas mengejut 0-1 kepada pasukan corot, Rayo Vallecano pada penampilan kelapannya sebagi jurulatih awal hari ini. Bagaimanapun pengendali yang berasal dari Perancis itu kemudiannya meminta maaf kepada penyokong Real sambil berharap musim bermasalah kelab tersebut berakhir di sini selepas ini. Kekalahan memalukan Real itu hadir sehari selepas Barcelona mengesahkan status sebagai juara La Liga…










