United terdesak cari kemenangan - Utusan Malaysia

United terdesak cari kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilihat berada dalam keadaan gusar apabila pasukan itu berdepan kemungkinan tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan apabila menghuni tangga keenam Liga Perdana England (EPL).

Meskipun memulakan tugas dengan cemerlang selepas mengambil alih kerusi yang di­tinggalkan Jose Mourinho, kre­dibiliti Solskjaer mula menjadi persoalan apabila tewas empat daripada lima perlawanan terakhir.

Justeru, United pastinya mengharapkan kemenangan pada aksi liga menentang West Ham United di Old Trafford awal pagi esok bagi memastikan mereka kembali mencabar kelompok empat teratas musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Motivasi skuad The Red Devils itu pasti berada pada tahap ter­tinggi selepas tewas 0-1 kepada Barcelona pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi kelmarin.

Solskjaer mengakui, anak-anak buahnya tidak boleh mensia-siakan setiap peluang yang ada memandangkan mereka perlu me­ngutip sekurang-kurangnya 15 mata dalam baki enam perlawanan liga selepas ini.

“Sebelum ini saya cakap kami perlukan 15 mata daripada tujuh perlawanan, sekarang kami hanya miliki enam perlawanan. Semua pemain sedar ia sukar tetapi saya yakin dengan kemampuan yang dimiliki pemain-pemain United,” kata Solskjaer.

Jika dilihat atas kertas, United berpeluang cerah untuk me­raih tiga mata pada pertemuan awal pagi esok berdasarkan aksi terumbang-ambing yang ditampilkan West Ham dalam beberapa perlawanan sebelum ini. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini