COLOMBO 23 April – Siasatan awal siri serangan pengebom bunuh diri di negara ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 310 mangsa menunjukkan insiden bermotifkan ‘balas dendam’ terhadap serangan pengganas di Christchurch pada bulan lalu.
Menteri Pertahanan Sri Lanka, Ruwan Wijewardene berkata, siasatan awal mendedahkan insiden yang berlaku pada Ahad lalu adalah sebagai tindakan balas dendam terhadap serangan tembakan yang mengorbankan puluhan penduduk beragama Islam di dua masjid di New Zealand.
Seramai 50 orang terbunuh dalam serangan terbabit yang berlaku pada 15 Mac lalu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











