KUANTAN – Corak permainan yang berhati-hati menyebabkan skuad Pahang gagal membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini, semalam. Ketua Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh juga tidak menyembunyikan rasa kecewa dengan prestasi anak buahnya yang disifatkan gagal memanfaatkan peluang selepas JDT terpaksa bermain dengan 10 pemain pada separuh masa kedua. “Kita seharusnya bermain dengan lebih agresif apabila mempunyai kelebihan itu, tapi malangnya mereka…










