Saya tidak berbohong, exco tiada masalah
 - Utusan Malaysia

Saya tidak berbohong, exco tiada masalah


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 April – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau tidak berbohong apabila mengatakan pentadbiran kerajaan negeri tiada sebarang masalah walaupun dikatakan berlaku pergolakan dalaman.

Ahmad Faizal bagaimanapun berkata, jika berlaku sebarang masalah di luar pengetahuannya, beliau tidak boleh mengawalnya.

“Seikhlasnya sejak kami tubuh kerajaan lagi dalam mesyuarat exco, belum pernah ada exco yang bermasalah tapi kalau berlaku di belakang saya, itu saya tak boleh kawal.

“Dalam politik, kalau cerita orang mengata saya, lebih baik tanya isteri dan emak saya, mereka lagi kuat mereka mengata saya, kami barisan exco tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada penggulungan titah diraja pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mohd. Khusairi membangkitkan persoalan sama ada Ahmad Faizal menyedari wujud gerakan untuk menjatuhkan beliau yang dikatakan oleh seorang exco kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×