KUALA LUMPUR – Pusat Latihan Bersepadu Global C5 buat julung-julung kalinya akan bekerjasama dengan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis untuk menganjurkan Program Pensijilan Profesional. Pengasas Pusat Latihan Bersepadu C5, N. Danish Suresh berkata, seramai 20 peserta daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan UiTM Arau terlibat dalam program tersebut. “Ia merupakan program yang bakal memberi nilai tambah ilmu kepada pelajar-pelajar peringkat ijazah sarjana…










