JOHOR BAHRU 27 April – Seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen sebuah syarikat penapis air dan dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 13 kes penipuan, ditahan polis di Seri Alam di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Ismail Dollah berkata, bertindak atas laporan dan maklumat orang awam, polis berjaya menahan lelaki berusia 29 tahun di kawasan tersebut kira-kira pukul 6 petang. Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, suspek akan ke rumah mangsa…










