KUALA LUMPUR 27 April – Dua lelaki ditangkap polis di sebuah kampung di Padawan, Sarawak kira-kira pukul 11 pagi semalam kerana disyaki merogol seorang gadis kelainan upaya (OKU). Portal Utusan Borneo melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintenden Merbin Lisa berkata, peristiwa hitam itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 20-an melahirkan bayi pramatang di Hospital Umum Sarawak (HUS), baru-baru ini. “Mangsa OKU (bisu dan pekak) tidak pernah berkahwin telah…










