AMPANG JAYA 27 April – Penduduk kampung di Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan dan beberapa kampung di sini mendesak pemaju membuka semula jalan alternatif di Kampung Tengah yang menghubungkan mereka ke Taman Kosas dan Taman Bukit Indah. Pengerusi Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara, Sulaiman Mohd. Amin berkata, penutupan jalan sejak 18 Mac lalu itu dilaksanakan selepas pemaju memutuskan untuk membangunkan sebuah projek perumahan di kawasan berkenaan. Katanya, penutupan jalan…










