LANGKAWI 13 April – Dua pelumba pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menguasai saingan peringkat kelapan dan terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang menutup tirai di sini sebentar tadi. Pasukan pro continental yang berpengkalan di Itali itu meraih juara peringkat menerusi Marco Benfatto selain tempat ketiga menerusi Matteo Pelucchi. Benfatto mencatat masa 2j:17min:42s untuk menewaskan pelumba St. George Continental, Blake Quick di tempat kedua. Tiada seorang pun pelumba Malaysia berada dalam…










