PULAU PINANG 29 April – Kerajaan negeri tegas dengan pendirian supaya Kementerian Pengangkutan mengkaji dengan lebih mendalam dan teliti berhubung cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (LTAK), Kedah. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, berdasarkan semakan kerajaan negeri dengan dua laporan yang disediakan oleh juruperunding yang telah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan LTAK, pembinaannya akan memberi impak yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAAP) khususnya dan Pulau Pinang amnya. Sehubungan itu, katanya,…










