KUALA LUMPUR 6 April – Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mahu mempercepatkan proses perkembangan pemain termasuk memperkuatkan mental mereka dalam usaha merapatkan jurang perbezaan dengan negara-negara luar menjelang kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Katanya, Malaysia ketika ini memiliki pasukan muda dan pihaknya perlu segera meningkatkan prestasi mereka bagi meletakkan pemain negara sebaris dengan negara-negara lain yang dilihat semakin ke hadapan. Dia memberitahu, kepelbagaian sistem latihan akan…










