SEPANG 29 April – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan tiga cubaan menyeludup sebanyak 15 ekor kucing pelbagai spesies ke negara ini dalam tempoh seminggu. Dalam kejadian Isnin lalu, MAQIS telah menggagalkan cubaan menyeludup empat ekor kucing spesies Maine Coon dan Abyssinian dari Ukraine di Animal Hotel MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). DR. TARMISAL ALIMIN Pengarah MAQIS Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, hasil maklumat…










