PULAU PINANG 29 April – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini menerima seramai 9.1 juta pengguna domestik dan asing bagi tempoh kira-kira setahun iaitu antara Januari 2018 hingga Februari lalu. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding kapasiti penumpang yang boleh dikendalikan LTAPP dalam setahun ketika ini iaitu hanya 6.5 juta penumpang. Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, daripada jumlah 9.1 juta pengguna itu, kira-kira 4.2 juta daripadanya merupakan…










