Liverpool terus beri tekanan kepada City - Utusan Malaysia

Liverpool terus beri tekanan kepada City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 April – Liverpool terus memberikan tekanan kepada Manchester City dalam kempen merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas mereka memintas kedudukan pendahulu dengan kejayaan ke atas Cardiff.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kembali ke puncak liga hasil kejayaan 2-0 ke atas Cardiff menerusi jaringan Georginio Wijnaldum dan James Milner.

Keputusan itu menyaksikan The Reds memiliki kelebihan dua mata mengatasi City yang memiliki kelebihan satu perlawanan pada pertengahan minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Pep Guardiola mampu memintas Liverpool sekiranya meraih kemenangan ke atas Manchester United di Old Trafford, Rabu ini dan Milner menyifatkan The Reds hanya mampu menyukarkan City untuk mengekalkan kejuaraan mereka.

“Apa yang boleh kami lakukan ialah berikan tekanan dan raih kemenangan.

“Keadaan menajdi sukar buat mereka dan jika kami tewas, mereka ada sedikit ruang untuk seri atau kehilangan mata.

“Ketika ini kami hanya perlu menang kesemua perlawanan kami dan berharap ia mencukupi.

“Kedua-dua pasukan cukup agresif dan klinikal dalam setiap perlawanan. Bukan sesuatu yang mudah, kami hanya tewas satu perlawanan sepanjang tahun dan kami berada di kedudukan kedua (sebelum perlawanan semalam) dan kembali sebagai peneraju cukup untuk berikan tekanan kepada mereka.

“Kami hanya perlu fokus untuk menjadi sempurna dan lihat sama ada ia mencukupi untuk menjadi juara,” kata Milner.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini