LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan, misi pa-sukannya belum selesai meskipun telah mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas FC Porto dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi semalam. Dalam aksi tersebut, Naby Keita hanya memerlukan tempoh lima minit untuk membuka tirai jaringan sebelum sentuhan daripada Roberto Firmino pada minit ke-26 perlawanan melengkapkan kemenangan The Reds ketika menyambut kunjungan skuad kendalian Sergio Conceicao. Bagaimanapun, Klopp menyedari anak…










