KUANTAN – Seorang akauntan berusia 53 tahun di Bera kelmarin kerugian RM95,668 selepas terpedaya apabila dijanjikan wang tunai AS9 juta (RM37 juta) daripada lelaki yang baharu dikenalinya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita itu mengenali suspek sejak menerima emel daripada individu memperkenalkan diri sebagai Leigh Hester pada Februari lalu. “Suspek juga memperkenalkan diri sebagai seorang tentera yang bertugas di Libya dan mempunyai wang…










