LONDON 27 April – Ernesto Valverde hanya akan memberikan tumpuan kepada Liverpool selepas mereka menjulang trofi kejuaraan La Liga.
The Catalan akan merangkul kejuaraan La Liga awal pagi esok sekiranya menang ke atas Levante dengan aksi liga berbaki tiga perlawanan dan ketika ini mereka emiliki kelebihan sembilan mata mengatasi Atletico Madrid di kedudukan kedua.
Pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liverpool akan berkunjung ke Camp Nou, Khamis ini untuk aksi separuh akhir pertama dan Valverde berharap dapat memastikan kejuaraan La Liga terlebih dahulu.
“Kami sentiasa memantau persembahan mereka, kami menyaksikan perlawanan Liverpool sejak beberapa minggu lalu.
“Tetapi kami perlu fokus kepada saingan domestik terlebih dahulu dan kami mahu mematikan kejuaraan La Liga sebelum memikirkan tentang Liverpool.
“Liverpool turut bersaing mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, mereka mempunyai kelebihan satu hari untuk membuat persiapan.
“Pertembungan dua aksi separuh akhir ini akan menampilkan persembahan yang terbaik daripada kedua-dua pasukan.” kata Velverde.-AGENSI











