Islamic Audio Device mahu tembusi ASEAN - Utusan Malaysia

Islamic Audio Device mahu tembusi ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Selepas produk ‘Islamic Audio Device’, Quran MommyHana yang dilancarkan secara prajualan dalam media sosial meraih lebih RM1 juta meskipun tidak sampai dua jam, pengeluar produk MommyHana kini merancang untuk menembusi pasaran ASEAN pula.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengasas MommyHana sendiri, Hana Shahadan yang memaklumkan syarikat tersebut kini sedang mengintai peluang pasaran di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Beliau memberitahu, syarikat yang mula beroperasi sejak dua tahun lalu itu turut merancang memasuki pasaran Asia Barat seperti di Dubai dan juga melihat peluang ke United Kindom (UK).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Islamic audio device atau pun lebih mudah difahami dengan Quran MommyHana merupakan alat yang membantu dan melatih semua orang untuk mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran setiap hari.

“Alat yang tiada radiasi ini juga dilengkapi dengan bunyi yang menenangkan seperti alunan ombak, lullaby, white noise, mozart , lagu-lagu Omar&Hana dan juga lagu-lagu khas zikir MommyHana dendangan artis Deja Moss,” kata beliau dalam kenyataan.

Majlis pelancaran produk Islamic Audio Device itu telah disempurnakan oleh pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzillah Kamsah baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden Persatu Pedagang ASEAN, Datuk Sohaimi Shahadan.

Mommyhana sebelum ini terkenal dengan buku islamik interaktif Ebookku by Mommyhana yang sudah terjual lebih daripada 200,000 unit.

Kini Islamic Audio Device pula dijangka menjadi gelombang besar terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Selain itu, pihak syarikat tersebut juga telah melakukan kolaborasi dengan produksi animasi popular, Omar&Hana sebagai rakan korporat penajaan bagi tempoh 2019 dan 2020.

MommyHana kini mempunyai hampir 3,000 pengedar sah di Malaysia dan menyasarkan tiga kali ganda peningkatan pada tahun ini.

Syarikat tersebut juga telah membantu 10, 000 keluarga dan menyasarkan untuk membantu 1 juta keluarga dalam dan luar negara pada 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini