KUALA LUMPUR 29 April – Polis mengesahkan menerima laporan terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali mengenai kenyataannya semasa forum mengenai Statut Rom di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini yang didakwa menghina institusi raja-raja. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis akan menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain yang berkaitan selain turut akan memanggil Syed Husin. “Saya tahu ada…










