Henjutan terakhir julang Pelucchi - Utusan Malaysia

Henjutan terakhir julang Pelucchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GILIRAN pelumba Androni Giocattoli-Sidermec (Itali), Matteo Pelucchi mencipta nama selaku juara apabila mengungguli saingan peringkat kelima pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang berak­hir di Taiping, Perak semalam.

Walaupun ia dilakukan dalam kelompok besar, pelumba berusia 30 tahun masih mempunyai baki tenaga untuk melakukan henjutan terakhir bagi memintas Blake Quick (St. George Continental Cycling Team) dan Travis McCabe (Floyd’s Pro Cycling) untuk meraih kejuaraan pertamanya pada LTdL selepas kali terakhir mengambil bahagian pada 2012.

“Saya pernah beraksi pada LTdL dan sudah tahu keadaan perlumbaan di sini. Sebelum beraksi, kami sudah mengkaji laluan yang akan diharungi dan ada potensi untuk memberi ke­lebihan kejuaraan peringkat kepada kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala perancangan diatur dengan baik bagi memastikan pasukan kami berada di kelompok depan. Saya gembira de­ngan pencapaian ini dan diharapkan ia boleh memberi motivasi untuk kami terus bekerja keras,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Saingan peringkat kelima yang bermula dari Tanjung Malim hingga Taiping sejauh 200.1 ki­lometer (km) itu menyaksikan tidak ada sebarang pertukaran jersi utama berlaku.

Benjamin Dyball daripada Team Sapura Cycling masih kekal selaku pendahulu keseluruhan (jersi kuning) diikuti McCabe (jersi hijau) serta Angus Lyons (merah).

Mengulas lanjut, Pelucchi mengakui tidak pasti sama ada mereka masih berpeluang melakarkan pencapaian sama pada baki tiga peringkat perlumbaan lagi.

“Selepas ini saingan akan menjadi lebih terbuka kerana laluan bersifat lebih landai dan beralun. Ia merupakan masa yang sesuai untuk pakar pecut beraksi. Malam ini kami perlu berbincang untuk merangka strategi yang boleh memberi kelebihan kepada kami,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini