KUALA LUMPUR 7 April – Lebih 50 ahli keluarga Zaharah Rentah atau lebih mesra disapa Ombung memeriahkan Sambutan Hari Keluarga D’Ombung yang diadakan di Kampung Dioh Besar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini. Program julung kali yang dihadiri oleh kesemua anak, cucu, dan cicit Zaharah itu bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan bagi memupuk kebahagiaan. Anak bongsu, Zarina Hashim berkata, acara yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 1 petang itu diisi…










