Hanya sebuah restoran mamak miliki sijil halal di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Hanya sebuah restoran mamak miliki sijil halal di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 23 April – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mendedahkan hanya satu daripada kira-kira 150 restoran India Muslim di negeri ini memiliki status sijil halal Malaysia.

Pengarahnya, Mohd. Zaidi Ramli berkata, pemilik restoran dipercayai kurang menyedari kepentingan mendapatkan sijil halal yang sah.

“Terdapat kira-kira 150 restoran mamak beroperasi di negeri ini dan hanya satu yang memiliki sijil halal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilikan sijil halal ini penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan yang digunakan itu bersih, selamat dan yang penting mengikut syarak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Cakna Halal: Moh Poie Restoran Halal di Restoran Nasi Kandar Pelita Seremban Gateway di sini hari ini. Yang turut hadir Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Mohd. Zaidi berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menghalang orang ramai mengunjungi restoran terbabit kerana itu adalah hak masing-masing.

“Saya tidak kata yang tiada sijil halal itu mengunakan barang haram, tetapi kita tidak tahu dari segi penyediaan makanan, kualiti kebersihan premis serta bahan apa yang digunakan dalam masakan.

“Kita tidak tahu kerana mereka ini tidak diaudit berbanding yang ada sijil halal sentiasa dipantau pengunaan bahan-bahan masakan serta kebersihan premis,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru restoran makanan Melayu di negeri ini supaya mendapatkan sijil status halal kerana rekod menunjukkan tiada satu pun premis terbabit memilikinya.

Jelasnya, walaupun ramai pengguna yakin status halal makanan di restoran berkenaan namun sijil berkenaan dapat menguatkan lagi jaminan kualiti penyediaan makanan dan kebersihan.

Sementara itu, katanya, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak lima aduan diterima JHEAINS berkenaan mengenai keraguan persijilan halal di premis makanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini