MANCHESTER 29 April – Ole Gunnar Solskjaer menegaskan, dia tidak akan menggugurkan David de Gea biarpun kesilapan terbaru penjaga gol itu menyebabkan Manchester United seri 1-1 dengan Chelsea semalam, dan menyempitkan peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan. “Tidak,” kata pengendali United itu ketika ditanya apakah De Gea patut direhatkan dalam dua baki perlawanan United pada saingan Liga Perdana Inggeris. Menurut Solskjaer, penjaga gol Sepanyol itu telah menunjukkan persembahan baik…










