Cek RM1.4 juta: Rameli terkilan dan kesal - Utusan Malaysia

Cek RM1.4 juta: Rameli terkilan dan kesal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 April – Datuk Dr. Rameli Musa dilaporkan terkilan dan kesal terheret ke dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembayaran cek RM1.4 juta antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengasas portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Perasaan sama dirasai beliau apabila dilibatkan dalam ‘arena politik yang melampau batas’.

“Nama saya terjejas dan tercalar di luar negara di mana saya banyak mencari rezeki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi saya kesian mereka yang sebar fitnah dan mereka yang mampu menyekat fitnah tetapi tidak berusaha untuk melakukannya. Saya berdiam sehingga kini kerana SPRM masih dalam siasatan,” katanya yang dipetik daripada laporan Malaysiakini hari ini.

Pada 5 Mac lalu, Rameli memberi keterangan kepada SPRM setelah namanya disebut terlibat dalam transaksi itu.

Penafian demi penafian beberapa pemimpin politik dikatakan memburukkan lagi namanya sehingga mencetuskan spekulasi kononnya beliau bertindak sendiri dalam transaksi berkenaan.

Menyentuh pertemuannya dengan wakil Abdul Hadi, Rameli enggan mengulas perinciannya.

“Tidak mahu komen sangat. Saya sendiri tidak ingat tarikh perjumpaan dan berapa kali,” katanya.

Rameli menegaskan negara perlukan pemimpin berwibawa, berintegriti serta beradab dan bersopan.

“Fitnah berleluasa kerana yang tahu buat tak tahu dan yang tak tahu tak mahu ambil tahu, dan tidak mahu mengaku,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini