JOHOR BAHRU 27 April – Selepas dua minggu Dr. Sahruddin Jamal dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, ketua-ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor hari ini menyatakan sokongan kepada beliau. Kenyataan sokongan itu didakwa lewat dibuat kerana semasa pelantikan Dr. Sahruddin, semua mereka sibuk dengan pilihan raya kecil di Rantau, Negeri Sembilan. Sokongan itu diputuskan kesemua 26 Ketua Bahagian pada pertemuan dengan Dr. Sahruddin di Pejabat Bersatu Johor…










