JOHOR BAHRU 14 April – Malang tidak berbau apabila sebuah kereta Mercedes E250 hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah kereta yang dinaiki sebuah keluarga di Jalan Lingkaran Dalam di sini pukul 1 pagi tadi. Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut manakala tiga ahli keluarganya yang lain cedera. Mangsa, Nur Auliya Inara Mohamad Nirzaudy Haiqal disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini…










