BEIJING 27 April – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini mengutuk tindakan memenjarakan ejen Maria Butina di Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘sewenang-wenangnya’, baru-baru ini. Menurutnya, beliau tidak faham mengapa Butina dipenjarakan. “Tiada apa yang dapat kita tuduh Butina, tetapi untuk menjadikan kes ini kelihatan masuk akal, dia dipenjarakan selama 18 bulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – AFP










