KUALA LUMPUR 29 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disarankan untuk tidak meuar-uarkan secara terbuka isu membabitkan ekonomi negara kerana dikhuatiri akan menjejaskan kedudukan dan status negara di seluruh dunia. Pakar Ekonomi, Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, sebaliknya perkara tersebut perlu dianggap sebagai rahsia kerajaan yang hanya diumumkan apabila negara berada pada kedudukan stabil. Menurutnya, tindakan tersebut bukan sahaja merugikan negara sekali gus menjejaskan kepercayaan ekonomi dunia terhadap…










