KETUA pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun mengakui aksi hambar pada babak pertama menjadi punca utama kegagalan skuad Harimau Selatan mengutip mata apabila tewas 1-2 kepada Shandong Luneng pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Jinan, China kelmarin. Pada aksi itu, dua bekas pemain bintang Liga Perdana England (EPL), Marouane Fellaini dan Graziano Pelle meledak gol pada separuh masa pertama manakala Safawi Rasid menjaringkan gol sagu hati buat…










