ADUN UMNO sebak dihalang guna dewan untuk program rakyat - Utusan Malaysia

ADUN UMNO sebak dihalang guna dewan untuk program rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 April – Seorang wakil rakyat UMNO sebak ketika menceritakan bagaimana beliau dihalang daripada menggunakan dewan orang ramai untuk satu program untuk rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Jamilah Zakaria (BN-Trong) berkata, ini menyebabkann beliau terpaksa menyewa empat buah khemah untuk menjayakan program pemeriksaan kesihatan untuk rakyat di kawasannya.

Katanya, apa yang menyedihkan beliau ialah notis larangan menggunakan dewan tersebut hanya dimaklumkan pada saat akhir oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program pemeriksaan kesihatan untuk warga emas ini bukan program politik, jadi mengapa MPKK tidak membenarkan penggunaan dewan orang ramai?

“Malah saya nak guna masjid untuk tuisyen anak bangsa sendiri pun tak boleh,” katanya ketika penggulungan titah diraja oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, penggunaan dewan orang ramai untuk tujuan politik termasuk oleh Pakatan Harapan (PH) tidak dibenarkan.

“Namun semua dewan boleh digunakan oleh semua parti kecuali untuk tujuan politik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini