DAMSYIK 22 Mac – Kerajaan Syria hari ini mengutuk permohonan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengiktiraf ‘penjajahan Israel di Bukit Golan’ yang dirampas dari negara ini pada 1967.
Menurut sumber Kementerian Luar Syria, tindakan Trump itu menunjukkan Trump dan pentdbirannya tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa. – AFP











