ARAU 14 Mac – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan majlis pertunjukan fesyen Muslimah dan seterusnya merasmikan pembukaan ‘Kayaman X Hafa Event Space’ di No 6, Jalan 1, Taman Jelempok Jaya, Arau malam semalam.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Ilham Kayaman Sdn Bhd, Azman Ali.
Cawangan yang dirasmikan ini merupakan hasil kerjasama antara dua syarikat iaitu Ilham Kayaman Sdn Bhd dan Wedding By Hafa Enterprise.
Kayaman X Hafa ini menyediakan perkhidmatan dalam penganjuran seminar, mesyuarat, sambutan hari ulang tahun kelahiran dan perkahwinan, majlis makan malam dan sebagainya.
Majlis perasmian tersebut telah diserikan lagi dengan ‘mini showcase’ berslogankan ‘Fashion 2019 – Perlis’ yang diperagakan oleh anak-anak tempatan hasil reka cipta pereka-pereka fesyen dari ibunegara terdiri daripada Ashraf Noh, Ghazlan dan juga Eja Shahril. – UTUSAN ONLINE











