WARTAWAN memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Mereka bertanggungjawab memastikan berita yang disampaikan tepat, benar, adil dan boleh dipercayai.
Wartawan perlu memastikan setiap maklumat disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan. Tiada penyebaran berita palsu, khabar angin dan maklumat yang tidak sahih. Ini kerana setiap berita yang dilaporkan akan menjadi rujukan dan sumber maklumat kepada masyarakat.
Begitu juga dengan berita politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan isu semasa. Laporan sesuatu isu perlu berlandaskan keadilan dan keseimbangan tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi, tekanan politik atau pihak tertentu. Mereka juga perlu memberikan peluang kepada pihak yang terlibat untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Etika kewartawanan wajib dipatuhi dan menghormati privasi individu dan menjaga kerahsiaan sumber maklumat apabila perlu. Mereka tidak sepatutnya memutarbelitkan fakta demi mendapatkan perhatian orang ramai. Wartawan yang berintegriti juga menjadi permata yang membawa imej murni kepada syarikat.
Dalam usaha mendedahkan salah laku dan penyelewengan, wartawan harus memainkan peranan menyiasat dan melaporkan isu seperti rasuah, penipuan, penyalahgunaan kuasa serta ketidakadilan. Tindakan ini dapat membantu meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam masyarakat.
Hidup dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini, sensitiviti masyarakat harus dijaga. Oleh kerana itu, wartawan perlu sentiasa berwaspada ketika melaporkan isu berkaitan kaum, agama, budaya dan tragedi. Laporan yang tidak bertanggungjawab boleh mencetuskan salah faham, kebencian dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
Selain Ahli Yang Berhormat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen, wartawan juga menjadi penghubung antara rakyat dengan pihak berkuasa. Melalui laporan media, isu seperti kemiskinan, kerosakan kemudahan awam dan masalah pengguna dapat diberikan perhatian sewajarnya.
Kesimpulannya, wartawan mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk masyarakat yang berpengetahuan, matang dan berfikiran kritis. Mereka bukan sekadar menyampaikan berita, malah berperanan sebagai penyampai maklumat, pengawas masyarakat dan suara kepada golongan yang memerlukan perhatian.
Di sebalik semua tanggungjawab, cabaran dan pengorbanan insan bergelar wartawan yang gigih membela nasib masyarakat yang memerlukan, siapakah pula yang akan membela nasib wartawan jika mereka pula memerlukan pertolongan?
Industri media ketika ini bukan seperti 20 atau 30 tahun yang lalu. Dahulu akhbar menjadi ‘pilihan’ utama masyarakat. Jualannya yang mencecah 300,000 hingga 400,000 cetakan sehari. Tetapi semua itu sudah menjadi sejarah.
Kini industri media cetak dan online berdepan dengan cabaran kecerdasan buatan (AI). Banyak syarikat melihat AI mampu menjimatkan kos operasi syarikat. AI tidak perlu dibayar gaji, tiada overtime, tiada kos perubatan dan lain-lain kos dapat dijimatkan. Ia lebih menguntungkan syarikat. Semua itu menjadi cabaran kepada wartawan untuk terus hidup dalam industri media.
Hanya majikan yang prihatin sahaja yang dapat membela nasib wartawan daripada terus ditukar ganti dengan AI, kerana peranan, kredibiliti wartawan tidak akan sama dengan AI.
Imran Mohamad Nor, Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Peranan, cabaran dan nasib wartawan

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved