PPM rampas 1,440 botol minuman keras bernilai RM420,400 tidak bercukai - Utusan Malaysia

PPM rampas 1,440 botol minuman keras bernilai RM420,400 tidak bercukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki mengedar sejumlah 1,440 botol arak tidak bercukai kastam bernilai RM420,400 apabila dia diberkas dalam serbuan di Taman Pulai Bayu di sini pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam serbuan pada pukul 9.25 pagi itu lelaki yang diberkas merupakan warga tempatan berusia 36 tahun.

Menurutnya, sebelum serbuan dilakukan, pihaknya telah melakukan risikan dan intipan sejak dua bulan lalu ke atas pergerakan sindiket yang dipercayai aktif sejak enam bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah hampir dua jam kita membuat pemantuan, seorang lelaki dewasa dipercayai pemilik kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu masuk ke dalam kenderaan yang diletakkan di kawasan lapang taman berkenaan.

“Pasukan operasi menyerbu dan menahan suspek sebelum menemui 120 kotak mengandungi 1,440 botol minuman keras bernilai RM420,200 yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini