Polis akan panggil Guan Eng - Utusan Malaysia

Polis akan panggil Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL 12 Mac – Polis tidak menolak kemungkinan akan memang­gil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Menteri Kewangan itu akan dipanggil apabila tiba masanya bagi membantu siasatan meng­ikut Seksyen 505 (c) Kanun Ke­seksaan iaitu mendatang­kan khia­nat awam dengan niat hendak meng­apikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Menurut beliau, kertas siasatan kes tersebut dibuka selepas pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini kami telah me­nerima 58 laporan polis di seluruh negara berhubung isu ber­kenaan dan saya menjangkakan jumlah laporan akan meningkat berdasarkan perkembangan terkini.

“Kami juga akan panggil (Guan Eng) apabila tiba masanya, buat masa ini saya dimaklumkan beliau belum diambil keterangan, sekiranya perlu pegawai penyiasat akan mengambil keterangan beliau,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Fuzi hadir bagi menyampaikan Pi­ngat Jasa Pahlawan Negara kepada 335 anggota polis pelbagai pangkat di negeri ini.

Pada 6 Mac lalu, sebuah portal berita melaporkan kenyata­an Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ kepada masyarakat bukan Melayu.

Frasa ‘pengisytiharan perang’ dalam kenyataan itu kemudian ditukar kepada ‘menyasarkan’.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi juga menafikan pihak polis lambat bertindak untuk me­na­ngani kes tersebut seperti didakwa sesetengah pihak.

“Kami tidak lambat (bertindak), kami buka kertas siasatan sebaik sahaja laporan dibuat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini