WELLINGTON 25 Mac – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini mengarahkan supaya satu siasatan bebas dilakukan susulan serangan tembakan pengganas di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
Ardern memaklumkan beliau ingin mengetahui bagaimana suspek pengganas, Brenton Tarrant melakukan tembakan tersebut sehingga mengorbankan 50 nyawa.
“Adalah penting untuk kita mengambil kisa semua aspek dalam usaha memastikan kejadian sama tidak akan berulang,” katanya kepada media sambil memaklumkan bahawa pasukan penyiasat itu akan disertai oleh perisik dan polis. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











