MotoGP musim ini lebih sengit - Rossi - Utusan Malaysia

MotoGP musim ini lebih sengit – Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOSAIL, Qatar – Pelumba pasukan Yamaha Monster Energy, Valentino Rossi percaya saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini akan berlangsung lebih sengit berdasarkan barisan pelumba yang dipertaruhkan oleh setiap pasukan.

Juara dunia sembilan kali itu berkata, hampir tujuh atau lapan pelumba diramal bersaing sesama sendiri bagi merebut kedudukan podium menjelang perlumbaan pembuka musim pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Losail bermula hari ini.

“Aksi awal musim boleh diibaratkan seperti hari pertama di sekolah kerana saya sangat tertarik untuk melihat kemampuan jentera dan kebolehan pelumba setiap pasukan. Barisan pelumba musim ini sukar dipercayai, terutamanya pasukan-pasukan utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Boleh dikatakan setiap pelumba menunjukkan prestasi yang cukup hebat pada sesi ujian namun ia pasti berbeza pada perlumbaan sebenar. Bagaimanapun, saya jangka pelumba-pelumba utama akan bersaing pada kedudukan teratas,” kata Rossi.

Justeru, pelumba dari Itali itu sedia mempersiapkan diri bagi memburu permulaan terbaik musim ini, meskipun mengakui mereka memerlukan lima atau enam perlumbaan bagi mendapatkan pelarasan terbaik.

“Saya berharap mampu berada dalam kelompok hadapan pada perlumbaan itu nanti. Yamaha sudah bekerja keras ketika sesi ujian musim sejuk sebelum ini dan saya harap kami mampu tampilkan aksi lebih baik berbanding musim lalu.

“Pada pandangan saya, mungkin jentera kami sudah menunjukkan peningkatan dalam beberapa aspek tetapi kita perlu tunggu dan lihat selepas perlumbaan itu nanti. Buat masa sekarang, ada tujuh atau lapan pelumba mampu me­rebut kedudukan podium,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini