KUBANG PASU 26 Mac – Mayat seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditemukan seorang pemancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang di sini, Sabtu lalu. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Ainna itu disedari pemancing tersebut selepas pakaian mangsa tersangkut pada mata kail joran yang digunakan lelaki itu kira-kira pukul 11.51 malam. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim dalam satu kenyataan di sini berkata, pihaknya…










