Konsep Istito'ah diperkenalkan bagi kurangkan beban subsidi Tabung Haji - Utusan Malaysia

Konsep Istito’ah diperkenalkan bagi kurangkan beban subsidi Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kerajaan akan memperkenalkan konsep Istito’ah (kemampuan) bagi mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) ke atas para jemaah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, langkah itu juga dalam usaha mengurangkan bantuan daripada Tabung Haji.

Katanya, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji dari aspek kewangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak cukup kos iaitu RM22,900. Itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu. 

“Tabung Haji bantu kurangkan beban mereka, tetapi daripda sudut keperluan fekah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin mengetahui sama ada terdapat perbincangan dengan Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kos langsung haji sekali gus membantu meringankan beban jemaah haji.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, konsep Istito’ah juga membantu mengurangkan beban kos subsidi kira-kira RM400 juta.

“Persoalan ini akan diambil perkiraan penting, kita perlu fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang semakin hampir RM400 juta, ditambah lagi RM12,920.

“Maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap sahaja, tidak naik tetapi kita setiap tahun semakin bertambah tanggungan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini