Harimau bermula tanpa jurulatih, 3 tonggak - Utusan Malaysia

Harimau bermula tanpa jurulatih, 3 tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Skuad Harimau Malaya memulakan sesi latihan pertama mereka hari ini tanpa jurulatih, Tan Cheng Hoe dan tiga tonggak utama.

Cheng Hoe yang menghadiri majlis anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) diganti dengan pembantunya, S. Balachandran.

Tiga pemain yang belum mendaftar iaitu Ahmad Hazwan Bakri dan Syazwan Andik akan muncul sejurus selepas membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC dalam Liga Juara-Juara hari ini manakala Matthew Davies masih berada di Australia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti sedia maklum dua pemain JDT, Ahmad Hazwan Bakri dan Syazwan Andik terlibat dengan Liga Juara-Juara Asia manakala Matthew Davies masih berada di Australia.

“Ketiga-tiga pemain akan menyertai pasukan esok. Davies sudah mendapat kelulusan Cheng Hoe untuk hadir ke latihan lewat sehari.

“Cheng Hoe pula ada majlis dengan AFC dan dia akan memulakan latihan bersama pasukan esok petang,” kata Pengurus Pasukan Harimau Malaya, Datuk Yusoff Mahadi pada sesi latihan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, hari ini.

Skuad Harimau Malaya melakukan persiapan menjelang Piala Air Marine yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac ini.

Malaysia akan memulakan cabaran dengan bertemu Singapura pada 20 Mac ini.

Pemenang kemudian akan bertemu sama ada Oman atau Afghanistan di venue yang sama tiga hari kemudian.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk Malaysia mengelak daripada saingan playoff kelayakan Piala Dunia 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini