Enam ditahan jual alat ganti motosikal curi - Utusan Malaysia

Enam ditahan jual alat ganti motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac- Kegiatan enam individu yang menjual alat ganti motosikal curi sejak beberapa bulan lalu terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Seksyen 4, Wangsa Maju pada pukul kira-kira pukul 11 pagi dan seorang lelaki ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, hasil soal siasat terhadap suspek ini telah membawa kepada penahanan dua lagi rakan suspek kira-kira pukul 1.20 petang di sebuah rumah terletak di Jalan Kilang Setapak di sini.

“Susulan itu, pada keesokan harinya tiga lagi rakan suspek termasuk seorang wanita diberkas dalam serbuan berasingan di Kampung Kemensah, Ulu Klang, Ampang.

“Siasatan awal mendapati, suspek ini telah aktif mencuri motosikal sejak awal tahun lalu. Kumpulan ini akan mensasarkan motosikal di beberapa kawasan sebelum menjualnya berdasarkan permintaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azmi memberitahu, keenam-enam suspek yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 39 tahun.

Ujarnya, polis turut merampas lima buah motosikal serta pelbagai alat ganti disyaki hasil curi.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati dua daripada motosikal berkenaan merupakan motosikal curi, dua lagi tiada rekod curi tetapi digunakan untuk lakukan jenayah dan sebuah lagi didapati terdapat kesan nombor casis yang telah diubah suai serta masih dalam semakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini