Djokovic kembali temui prestasi - Utusan Malaysia

Djokovic kembali temui prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic kembali berada di puncak prestasi selepas mara ke pusingan ketiga Terbuka Miami apabila menewaskan pemain muda Australia, Bernard Tomic dengan keputusan 7-6, 6-2 awal pagi semalam.

Sebagai rekod, atlet kelahiran Serbia itu dikritik hebat selepas tewas mengejut di tangan pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber di peringkat awal sai­ngan Terbuka Indian Wells minggu lalu.

Namun, Djokovic ternyata berada dalam kelas tersendiri dengan keputusan straight set dengan menyingkirkan Tomic dalam tempoh 73 minit pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hard Rock, Miami awal pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui tidak berada dalam kea­daan terbaik di saingan di Terbuka Indian Wells. Pada perlawanan ini juga saya agak berdebar dan ia terbukti apabila set pertama, saya hanya mampu menang tipis.

“Namun, saya percaya dengan kebolehan diri sendiri, selain pengalaman banyak membantu untuk memenangi perlawanan ini dengan keputusan straight set. Selain itu, saya turut teruja beraksi di venue baharu ini dan saya harap momentum dapat diteruskan,” katanya.

Sementara itu, pemain wanita No. 1, Naomi Osaka berjaya mengatasi cabaran pemain ranking ke-141, Yanina Wickmayer dari Belgium 6-0, 6-7, 6-1 untuk membuat perhitungan dengan pemain Taiwan, Hsieh Su-Wei di pu­singan ketiga.

“Saya akui agak bergelut dengan prestasi selepas muncul juara Terbuka Australia sebelum ini. Malah, saya agak beremosi ketika tewas pada set kedua, namun saya gembira dapat bangkit untuk menang pada set penentuan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali, Serena Williams turut mara ke pusi­ngan ketiga selepas bangkit daripada kekalahan di set kedua sebelum menewaskan pemain Sweden, Rebecca Peterson 6-3, 1-6, 6-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini