Deschamps percaya Coman akan bangkit - Utusan Malaysia

Deschamps percaya Coman akan bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 25 Mac – Didier Deschamps percaya Kingsley Coman akan kembali daripada kecederaan yang dialaminya selepas dia terpaksa diketepikan daripada pertemuan menentang Iceland untuk kelayakan Euro 2020.

Coman pada awalnya dijangka beraksi dalam perlawanan menentang Moldova bagi aksi Kumpulan H tetapi mengalami kecederaan belakang semasa sesi panas badan dan membuatkan dia terpaksa digugurkan.

Selain itu, Coman juga tidak beraksi di Bundesliga untuk tiga bulan pertama kerana kecederaan buku lali selain kecederaan hamstring, bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Deschamps bagaimanapun tetap yakin bahawa pemain itu akan bangkit daripada kecederaan itu.

“Dia sangat tidak bernasib baik. Dia jelas sekali dalam keadaan sedih.

“Saya tidak bimbang kerana ia bukan kecederaan serius.

“Dia akan menjaga dirinya dengan baik. Dia masih muda tetapi kecederaan berulang seperti ini bukan sesuatu yang ideal.

“Bagaimanapun, dia ada kualiti selain kekuatan mental,” katanya.

Ketiadaan Coman menyaksikan Samuel Umtiti dipilih untuk dua perlawanan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini