KUALA LUMPUR 28 Mac – Affin Hwang Capital mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun ini pada 4.7 peratus, berbanding unjuran yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu di antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus.
Firma penganalisis itu berkata, ramalan pertumbuhan tersebut berada pada paras ramalan BNM yang lebih tinggi, di mana perbezaannya adalah dengan ramalan pertumbuhan yang lebih tinggi pada eksport sebenar, yang dijangka berkembang 1.5 peratus pada 2019, berbanding unjuran BNM 0.1 peratus.
“Keyakinan kami terhadap perdagangan adalah berdasarkan kemungkinan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan mencapai beberapa bentuk kompromi perdagangan pada separuh pertama 2019, tanpa kemungkinan terdapat kenaikan tarif pada barang AS dan China.
“Kami juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi China stabil dan meningkat pada separuh kedua tahun ini disokong oleh usaha rangsangan ekonomi kerajaan China seperti memotong cukai nilai tambah merentas sektor dan pengurangan nisbah keperluan rizab,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.
Semalam BNM mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang dengan sederhana pada kadar 4.7 peratus pada tahun 2018 berbanding 5.9 peratus tahun sebelumnya. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada tahun lalu berikutan banyak cabaran dari dalam dan luar negara yang dihadapi pada 2018. Nor Shamsiah berkata, bersandarkan persekitaran global yang mencabar, momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada kadar 4.3 peratus hingga 4.8 peratus.
Beliau berkata, permintaan dalam negeri diunjur kekal sebagai pemacu pertumbuhan, disokong oleh peningkatan berterusan dalam aktiviti sektor swasta. – UTUSAN ONLINE
GDP growth forecast of 4.7% for 2019 sits at the higher end of BNM’s forecast range, where the difference lies with our higher growth forecast on real exports, which is projected to expand by 1.5% in 2019, against BNM’s projection of 0.1% (1.5% in 2018).
Our optimism on trade is based on the possibility that the trade tensions between the US and China will reach some form of trade compromise by 1H19, without the possible escalation of reimposition of tariffs on both US and China goods.
We also expect China’s economic growth to stabilise and improve in 2H19, supported by China’s government economic stimulus efforts (such as the
cut in value added tax across sectors and reduction in reserve requirement ratio).
The International Monetary Fund (IMF) also expects global GDP growth to expand by 3.5% in 2019, lower than 3.7% in 2018, but still within
the long-term average range of 3.5%











