SIANGPURA 15 Feb. – Seorang rakyat Singapura yang didakwa menyalurkan bantuan kewangan kepada kumpulan Daesh dari Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa negara ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, Mohamed Kazali Salleh, 48, disyaki mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan Mohamad Aquil Wan Zainal Abidin yang dipercayai merupakan anggota kanan kumpulan Daesh di Malaysia.
Mohamed Kazali menetap di Johor dan menyalurkan bantuan kewangan untuk kumpulan militan itu pergi ke Syria pada 2013 untuk berjuang dengan Daesh. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











